Tuesday, April 26, 2016

Pengalaman Menggunakan Pad Kain Moden Snowdrop

Assalamualaikum #efalians semua, Efa nak kongsikan sedikit pengalaman Efa menggunakan pad kain moden.  Kalau tak silap, Efa dah mula menggunakan pad kain moden ni pada Mac 2013, jadi sudah lebih kurang 3 tahun.




Masa mula-mula Efa tergerak hati nak bertukar kepada pad kain moden adalah ketika pertama kali Efa menonton video di Youtube, mengenai seorang remaja di UK yang membuat tutorial pad kain moden.  Kemudian Efa mula mencari maklumat tentang pad kain moden, mengapa PERLU bertukar kepada pad kain moden. Efa mula tertarik dengan fakta berkaitan kesihatan seorang wanita terutamanya berkaitan dengan organ dalaman wanita. Kemudian efa google, cari di Malaysia ada atau tidak pad kain moden, sedangkan di luar negara (negara-negara maju) tidak asing dengan penggunaan pad kain moden.

Efa google dan terjumpa website Snowdrop Cloth Pad. Mula-mula Efa tinjau dulu latar belakang, testimoni dan sebagainya.  Tetapi jujur Efa katakan, harganya agak mahal memandangkan ketika itu Efa masih seorang pelajar tahun akhir.  Oleh itu, Efa pun mencari pad kain moden yang dijual oleh individu-individu yang membuka perniagaan secara kecil-kecilan supaya Efa dapat membeli pad kain moden dengan harga yang lebih rendah.

Tetapi.........

(Sekiranya anda berminat untuk mengetahui sambungan cerita ini, sila komen "Nak" di ruangan komen. Terima kasih.)

©Efa.lee

Monday, April 25, 2016

Aksesosri: Wet bag dan make up wipes





 


 
 





 

Limited Edition Dimple Pad Kain moden






 










Pakej Basic Pad Kain Moden










 









Perbandingan pad kain moden


Saiz yang mana paling sesuai dengan saya?

Memilih saiz yang betul adalah tentang memilih liputan dan aliran haid mengikut keselesaan masing-masing. Ukur panjang produk (pad pakai buang atau pad kain jenama lain) yang anda sedang gunakan dan pilih pad atau pantyliner dengan panjang yang sama. Walaubagaimanapun, perlu diingatkan ukuran pad kain Snowdrop sememangnya lebih panjang dari pad pakai buang biasa. Memilih serapan yang sesuai untuk aliran haid anda adalah lebih penting.


Lebar bagi bahagian depan dan belakang adalah berbeza-beza bagi setiap saiz. Lebar di tengah-tengah(sayap) dari saiz pantyliner sehingga ke pad kami adalah sama iaitu kira-kira 2.8 inci lebar di tengah apabila dibutangkan, walaubagaimanapun terima kasih kepada ciri yang hebat iaitu 2 butang yang boleh dilaraskan kelebarannya untuk kesemua saiz pad, ia boleh diselaraskan kepada 3.2 inci untuk liputan yang lebih luas di bahagian tengah atau untuk seluar dalam yang lebih lebar atau besar.

Pad Light Mist kami adalah setanding dengan saiz slim atau regular pad pakai buang yang biasa di pasaran, manakala Medium Dew pula amat sesuai untuk menggantikan pad maxi dan saiz ini adalah yang paling digemari untuk kegunaan siang oleh pelanggan yang sukakan liputan untuk siang dan juga malam. Jika anda memerlukan perlindungan tambahan untuk semalaman dan juga siang, pad Heavy Stream adalah pilihan yang tepat kerana ia lebih panjang dan lebar di bahagian belakang berbanding Medium Dew.

Kami menamakan kesemua saiz produk kami dengan panggilan aliran yang paling ringan setiap saiz itu boleh menampung. Contohnya, pad Light Mist adalah untuk aliran ringan ke sederhana walaupun ia dipanggil 'Light' bermaksud ringan. Sama juga seperti Medium Dew, ianya sesuai untuk aliran sederhana ke berat tetapi dipanggil ‘Medium’ bermaksud sederhana, dan begitu juga bagi saiz lain. Rangkaian produk kami adalah sesuai untuk semua wanita yang mempunyai pelbagai aliran termasuklah aliran yang sangat berat.

Untuk saiz yang paling sesuai, kami mencadangkan agar anda mencuba saiz yang berbeza bagi mendapatkan saiz yang terbaik untuk anda.

Setiap wanita mempunyai aliran haid yang berbeza-beza dan sangat subjektif. Contohnya seorang wanita boleh menggunakan pad Medium Dew pada hari yang paling berat hanya dalam lingkungan 3-5 jam, ada juga wanita yang menggunakannya dari pagi hingga ke petang tanpa bocoran. Ada segelintir wanita yang hanya perlu menggunakan pad Light Mist saja untuk aliran yang paling berat untuknya dan Pantyliner Dry Flux utk aliran sederhana sehingga akhir haid. Ianya sangat subjektif dan bergantung pada aliran masing-masing. Jadi anda perlu cuba sendiri saiz-saiz yang ada sehingga anda tahu saiz mana yang paling sesuai untuk aliran anda sendiri. Anda juga harus mencuba sendiri berapa jam penggunaan yang paling selesa untuk anda bagi saiz yang bersesuaian.

Untuk pertama kali, kami sangat galakkan pakej basic kami yang merangkumi pelbagai saiz, dengan 2 Liner Dry Flux, 1 Pad Light Mist, 1 Pad Medium Dew dan 1 Pad Heavy Stream sebagai permulaan. Walaubagaimanapun, sesetengah wanita mendapati bahawa mereka lebih suka hanya 1 atau 2 saiz sahaja dan hanya menggunakan saiz tersebut sepanjang haid mereka. Ia menunjukkan paling penting untuk mengetahui aliran haid anda sendiri serta bila masa anda menggunakannya.


Kenapa PERLU bertukar kepada pad kain moden?

Apakah Pad Kain?
Pad kain(biasanya dipanggil 'Cloth Pad') adalah alternatif kepada pad pakai buang yang boleh diguna semula. Pad kain adalah mesra alam, boleh diguna semula selama bertahun-tahun, menjimatkan kos, serta mempunyai manfaat kesihatan yang baik. Secara amnya ia terdiri daripada lapisan fabrik menyerap (seperti kapas, organik dan juga sintetik) yang berfungsi untuk menyerap aliran darah semasa haid dan juga nifas bagi yang bersalin. Pad kain juga lebih bersih dan tidak menyebabkan bau seperti pad pakai buang.

Apakah Pantyliner Kain?
Pantyliner digunakan secara meluas sebagai lapisan di atas seluar dalam untuk menampung keputihan dan kencing yang tak disengajakan. Ia direka untuk kegunaan harian sesuai untuk keputihan yang ringan ke berat, aliran haid yang ringan, dan kencing yang tak disengajakan bagi golongan yang bermasalah.

Kenapa katakan tidak kepada pad pakai buang?

Pad pakai buang diperbuat daripada pulpa kayu ataupun seringkali kertas kitar semula. Kertas kitar semula diluntur semasa pemprosesan supaya menjadi putih. Namun begitu, proses pelunturan dengan agen klorin ini menghasilkan sejenis bahan kimia sampingan yang bernama dioksin. Dioksin adalah bahan karsinogenik, yakni ia boleh mengakibatkan kanser. Mengikut National Institute of Environmental Health Sciences of U.S., individu yang terdedah kepada tahap dioxin yang ketara berisiko tinggi untuk mengidap penyakit kanser, masalah mandul, penyakit jantung dan kencing manis. Malangnya, pad pakai buang mengandungi kesan dioksin akibat proses pelunturan.